Friday 24 June 2011

Lagu Dan Maknanya Pada Kita

Haruskah Ku Mati - Ada Band

Bagaimana mestinya
Membuatmu jatuh hati kepadaku?
Telah ku tulis kan sejuta puisi
Meyakinkanmu membalas cintaku

Haruskah ku mati kerana mu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah ku relakan hidupku
Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku
Hentikan denyut nadi jantung ku
Tanpa kautau betapa suci hatiku
Untuk memiliki mu

Adakah keikhlasan
Dalam palung jiwamu mengetukku
Ajarkan mu bahasa perasaan
Hingga hatimu tak lagi membeku

Haruskah ku mati kerana mu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah ku relakan hidupku
Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku
Hentikan denyut nadi jantung ku
Tanpa kau tau betapa suci hatiku
Untuk memiliki mu

Tiadakah ruang di hatimu untuk ku?
Yang mungkin bisa un€˜tuk ku singgahi
Hanya sekadar penyejuk disaat ku layu
Ku telah menantimu hingga akhir masa..


Makna

Hari ini, lagu ini cukup bermakna bagi aku. Aku tujukan lagu ini pada seseorang yang aku sayangi. Susun kata liriknya begitu menyentuh dan tulus. Begitu tepat dalam meluahkan apa yang terpendam dalam perasaan. Kadang -kadang ada antara kita yang tidak begitu mahir dalam meluahkan kata-kata manis. Tidak begitu betah menyusun madah-madah indah. Lagu-lagu sebegini mampu membantu kita dalam menzahirkan perasaan itu.

Memori

Kadang lagu juga memberikan memori tersendiri. Lagu ini mengingatkan aku betapa sukarnya memenangi hati seseorang. Kesediaan menghadapi apa sahaja dalam memiliki cinta itu. Lagu ini bukan sekadar muzik, lagu ini adalah rakaman perasaan yang selaras dengan masa. Kita namakannya "memori yang dimainkan oleh melodi". Lalu, lagu-lagu sebegini mampu menyentuh. Terlalu kuat kesannya hingga kadang menitiskan air mata.

Lagu ini untuk dia...

No comments:

Post a Comment